Friday, May 28, 2010

exam..

assalamualaikum semua..

mengambil kesempatan utk meng'update' blog sebentar sementara cuba utk meng'fix'kan mslh skype ni..uji kesabaran..tambahan,keadaan diri yg tidak seberapa stabil,mudah2an lepas menulis ni,at least,kelegaan diperoleh..

mm,sedar tak sedar,dah nak masuk paper medic yg terakhir..just tinggal utk subjek biochem..tinggal 1 paper ni lah,rasa dtg masalah2 sampingan yg lain..huhu..ya Allah,jauhkn hambaMu dari hasutan syaitan daan iblis laknatullah..chaiyok,Husnaa!u can do it.. =D

exam histo dan anat dah berlalu..Alhamdulillah utk keseluruhan kedua2 subjek tersebut..

walaupun,berlaku beberapa insiden yg tidak diingini,alhamdulillah,semuanya terkawal..bagi utk kedua2 hari exam..[written n oral/practical]

n utk anat pula,pengajaran berharga yg diperoleh,
"baca gak tajuk tu walaupun soalan past year dah keluar..hehe"

bagi praktikal pula,first time masuk,semua berjuraian air mata..huh..pedih..pedih sgt mata..penangan formalin2..xtaula berapa botol formalin yg 'ammu tu guna..hari tu,kami jawab periksa dlm keadaan menangis..hehe

then,lepas tu,oral..before oral,bimbang sgt2..dpt soaln yg susah2 n xtaula berapa byk soalan yg dukturah nk bagi..then,bila dah masuk tu,sementara tunggu giliran,cuba dgr soalan org dpn..then,time tiba giliran kami[klong n k dayah]dukturah tnya soalan yg sama dgn yg td..[hehe]alhamdulillah,soalan ckit n senang la juga..thank you,dukturah =)

overall,alhamdulillah,utk kedua-dua exam,i had done my best..

pray 4 me.. =)

p/s [alhmdulillah,tyme oral,xpenah dpt doktor/dukturah luar =) ]

[~merenungi segala kejadian dari lubuk hati yg dalam..Allah ada jalanNya yg tersendiri bg segala ketentuanNya~]

siru'alabarakatiLLah..

wassalam

Monday, May 17, 2010

Kenapa Mahu Jadi Doktor?

assalamualaikum..

kat sini nak paste ttg ape yg diri ana terbaca sebentar tadi..dpt dr saifulislam.com..let's us read together.. =)



“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.


“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.



Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?



NILAI – HARGA – KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.



JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

Wednesday, May 12, 2010

Ramzul Hakimi

assalamualaikum..

nak menaip juga hari ini..

xbanyak..sikit je..

KIMI,KLONG RINDU..KLONG RINDU KIMI..




klong try call kimi tp xdpt..klong tau,hr ni hr rabu,kimi xon nombor pun..tp klong call juga..xdpt,klong call walid,ckp nak ckp dgn kimi..

walid ckp,nanti walid try call pkcik Halim..terima kasih walid,terima kasih sgt2.. :')

nnti bila dpt ckp dgn kimi,bknnya apa2 pun..bknnya ckp apa2 pun,klong cuma nak dgr suara kimi..just want to hear ur voice..kalau nak marah klong pun xpe..sbb nak dgr suara kimi tp xtau nak ckp apa..

klong rindu kimi..

klong xleh lupa,byk benda yg klong buat kat kimi sebelum kimi masuk maahad..

benda yg paling klong xleh lupa ialah buat kimi terjatuh..pastu kimi muntah keesokan harinya..but,kimi xcerita pun perkara sebenar kat walid..klong yg buka cerita kat walid..klong teringat benda tu..setiap kali klong ingat,kdg2 klong nangis..klong syg kimi..

pastu,lg satu peristiwa yg klong xleh lupa,kali pertama@kedua kimi balik selangor,klong minta kimi buat something n klong tahu kimi bukannya akan buat pun..paling tidak,kimi akan lawan klong balik,tp yg klong sgt terkejut n tersentuh,u did what i said..klong lupa,tu kimi yg klong kenal before pergi maahad..lepas tu kimi dah berubah..klong terharu sgt2..n klong minta maaf,sbb tinggikan suara kat kimi..

sejak hari itu,klong sentiasa berhati2..klong xnak bergaduh dgn adik lelaki yg paling rpt dgn klong..klong syg kimi..syg sgt2..

moga Allah meredhai keluarga kita semua..



p/s sori,lega lepas dpt taip ni..just want to hear kimi's voice..

wassalam

Sunday, May 9, 2010

"selamat bercuti physiology" =)

Assalamualaikum..

alhamdulillah,hari ini diberi peluang olehNya utk update blog ini setelah sekian lama asyik tertangguh disebabkan final exam yg sedang dihadapi..hari ini nak tulis ttg exam physiology yg baru sahaja berlalu..

"selamat bercuti,physiology"
kata2 yg paling sesuai diucapkan selepas exam..

alhamdulillah,setelah dua hari berturut2 memerah otak utk buat yg terbaik,lepas sudah satu subjek..fuh..lega rasanya..kenapa menggunakan selamat bercuti n bukan selamat tinggal?sbb tahun dpn kami akn berjumpa lg utk 6@7 branches yg baru..lagipun rasanya xtergamak nak berpisah dgn subjek kesayangan ini..hehe..

alhamdulillah utk kedua-dua hari,..utk exam written,de 12 esei semuanya yg perlu diselesaikan dlm tempoh lebih kurang 2jam 40min..n balik tu terus tidur akibat sakit kepala teramat sgt..
n utk praktikal,bersyukur juga padaNya sbb graf yg dilukis pagi before exam keluar =)
n utk oral,dukturah byk tolong[but sedikit sedih utk branch cardiovascular system but i.Allah,overall ok..sbb byk top up markah or mark reserve..hehe]

ha,bicara ttg oral,i got two dukturah from my university..n of course,soalannya yg sedikit mencabar..berbanding mereka yg dpt doktor luar [iaitu doktor dari kuliah perubatan azhar banin] i heard n see in front of my eyes,they got easy questions..n only ask for the meaning..
bermacam ragam dpt dilihat..siapa yg beruntung tu,mmg doktor/dukturah bg jawapan..[me too..one of my dukturah give me the answer :) ]

kesimpulannya,exam ni bergantung pd rezeki masing2..n ada senior yg ckp,sebenarnya exam praktikal n oral ni,memang dukturah nk tolong sbb exam written bergantung sepenuhnya pd student sendiri[xtau la utk subjek lain]..anyway,thank u,dukturah n i love all of them n i love physiology too! =)

to ummi n walid,syukran sgt atas segala doa n dorongan.klong syg sgt ummi dan walid =)
n utk sedara2 juga..syukran atas doa2 yg dititipkan buat diri ini..
buat sahabat2 seperjuangan,syukran juga atas segala doa,motivasi n tips2 study yg sgt bermanfaat.. =)

ok,habis ttg physiology..sebentar lagi,nak kemas buku2 physio dah =)

musim panas..
apabila polis mesir sudah bertukar uniform hitam kepada putih,tandanya musim panas telah tiba..
musim panas di mesir yg memang panas[adakalanya,suhu sampai 40 celcius]..sekarang,beza masa di mesir dgn malaysia sekarang 5jam bukan 6jam..diorang panggil,"Daylight Saving"

moga diri ini mampu n terus bertahan utk musim panas pd musim exam ini..prepare for histology exam pula..

pray 4 me..

p/s selamat hari ibu buat ummi tersayang..doakn klong jd insan bertaqwa yg diredhai n jd anak solehah..klong syg ummi sgt2 =)

siru'alabarakatiLLah

wassalam