Wednesday, March 31, 2010

senandung anak pejuang

Senandung Anak Pejuang
Album : Inspirasi
Munsyid : Soutul Jihad
http://liriknasyid.com


Allah Allah Allah Allah...

Pada kelembutan seraut senyuman
Pada kelunakan tutur perkataan
Ada terlukis warna kerinduan
Terkenang ayah jauh di rantauan

Ayah selalu menghilang diri
Tinggalkan ibu membilang hari
Terkadang tiada khabar berita
Namun ibu tak pernah berduka

Sesekali hati rasa cemburu
Melihat teman semuanya berayah
Bermanja bermesra kasih berpadu
Hidup gembira tiada gundah

Tidak tertahan menanggung rasa
Kepada Ibu segera bertanya
Ke manakah ayah sekian lama
Hingga kini belum menjelma

Ibu tersenyum di dalam sayu
Senyumnya pudar tiada indah
Mungkin batinnya berlagu sendu
Bila anak rindukan ayah

Nada memujuk ibu menjawab
Tuturnya lembut penuh hikmah
Ayah pergi ke medan jihad
Mencegah mungkar
Menegakkan yang hak

"Oh ayahku, seorang pejuang rupanya
Aku rasa bertuah, tak akan ku kesali takdir ini
Suatu hari nanti, bumi Allah ini akan bersih jua
Dari najis, mungkar dan dosa
Ayah tentu gembira
Ayah tentu bersyukur
Oh Ibu biarkan ayah pergi
Jangan bekalkan dia dengan air mata
Tetapi dengan doa penyubur jiwa
Ayah akan kujejaki setiap tapak langkahmu
Aku anak ayah, anak pejuang"

Lagu : Abd Halim
Lirik : Zuraimi Ismail
Vokal : Syahril Khalid & Soutul Jihad
Susunan Muzik : Abd Halim
Hakcipta Lagu : Nada Hikmah Group
Hakcipta Lirik : Nada Hikmah Group

assalamualaikum..

sengaja meletakkan lirik ini pada permulaan kata..tetiba teringat kenangan tentang lagu ni..

walid ingat tak ni lagu apa?hehe

ni lagu yg masa klong berlakon time Hari Ihtifal PASTI...lebih kurang 13tahun lepas..

really love dis song..menyemarakkan lagi perjuangan dlm diri..i.Allah..moga hati2 ini terus thabat dan istiqamah di atas jalanNya..[ameen]

boleh dengar di
sini


syukran =)

wassalam

Friday, March 19, 2010

terkini n peringatan buat kaum Hawa..

assalamualaikum wbt

mm..dlm tempoh seminggu ni agak busy dgn kuliah n perubahan2 jadual serta pelbagai pengalamn dialami..but..it's ok..pengalaman mematangkan diri n make me realised what should i focus right now..with many responsibilities on my shoulder n many things need to be concerned,alhamdulillah,i can pass through all those with some efforts,opportunity.. n i.Allah,with Allah's Blessing..

within last week,berlaku perubahan2 dlm jadual harian..but here,just focus on change of my schedule of study..skrg ni,dlm tempoh 6hari seminggu ada klas,telah bertukar menjadi 5 hari but,jadual betul2 padat.paling awal blk pkl 2.30,paling lambat balik pkl 3.30..cuti hari khamis n jumaat..n then,perubahan2 kumpulan praktikal..pd asalnya kump 2,telah bertukar menjadi kump 1..so,jadual exam2 sampingan juga berubah..

exam..mm,dis week,if i'm not mistaken,i'll have 3 exams..sbb de exam minggu lepas dibawa ke exam minggu ni..2days for biochems n 1 for anat..oh Allah,plz give me Your favour[ameen]

what else?mm..ha..now,really like to surf internet about motivation n one of my favourite site is here

ha..lg 1,tips kesihatan,sekadar perkongsian bersama n rasenye,penting utk pengetahuan semua..for those yg bergelar perempuan,jgnlah suka pakai kasut bertumit tinggi sgt..sbb boleh mengubah kedudukan rahim anda..yg spatutnya kedudukannya adalah anteflexed n anteverted,boleh berubah menjadi retroflexed n retroverted,[i'm not sure the spelling..sorry]kelak akan mengakibatkn rahim tu compress on tulang belakang..so be careful.. =)

okla..thats all 4 dis post..let's us tajdidkan balik iman n niat kte..ok =)

wassalam

p/s:love ummi n walid so much!! =)

Thursday, March 11, 2010

menghitung hari..

assalamualaikum..

(melihat pd tajuk,cam menghitung hari nak kahwin la pula..ada la kot hitungan tu ckit..[hehe] )apa khabar semua?harapnya semua sihat..setelah hampir tiga minggu tak update blog..[rasa cam dah berbulan2]akibat panahan petir yg telah merosakkan moderm internet,so xleh online..menyebabkan waktu yg agak terbatas utk online,skrg ni moderm dihantar utk diperbaiki..xtau lg ble elok blk..hmm....


exam midterm baru sahaja berlalu..paper last pd 2 mac..n 3 mac,beberapa org student Azhar trmasuk ana,pegi ke conference utk fakulti perubatan azhar..walaupun hanya sempat beberapa minit di dlm tu,sbb terlalu penuh,bg an,itu adalah pertemuan yg sgt bermakna kerana ana sempat melihat  syeikh Azhar yakni Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah yg telah meninngal dunia pd hari semalam..Al-fatihah..tidak akan dilupa,wajah yg menghadirkan ketenangan bg sesiapa sahaja yg memandangnya..moga Allah merahmati rohnya..[ameen]


maklumat terbaru,esok pagi,satu hari akan pergi progran Persatuan Perubatan di Universiti Ainshams (universiti Safirah) dgn tajuk forum "Love Islam for Eternity [LIFE] "antra tajuk forum yg menarik,ialah mengupas perihal kawalan emosi cinta remaja..moga kami memperoleh ilmu yg bermanfaat.. =)


tentang exam,minggu depan,kami akan start exam balik..berikut adalah tarikh2nya:-

15 Mac: physio lab

18 Mac: anat lab

27 Mac: histo (writing)

dan hari2 yg berlalu,adalah seperti biasa..sekarang ni,lecturer sedang sedang mengejar syllabus..tarikh dijangka habis semua adalah 24 April(birthday ummu) dan kemudian,terus study week slama 2minggu..dan selepas itu final exam bermula iaitu pd 8Mac n tmpoh exam adalah selama 2bulan(bukan tiap2 hari)jadual akn di update kemudian..i.Allah..n kini hanya menghitung hari2 yg tinggal..

adakalanya,terasa berat n kadangkala tersungkur..but,teringat kata2 bahawa 'medic ini bkn utk  yg pandai tp utk yg rajin' n ni jln yg an pilih n an percaya,ayat ini boleh utk dipegang oleh setiap org walaupun dlm jurusan yg berlainan..menurut salah seorang lecturer,medic ni tahun satu n dua je cam berat sikit sbb kita baru nak kenal yg asas,nanti tahun tiga dan setrusnya,akn senang,hrpnya diri ini turut merasakannya n sbg motivasi utk sesiapa yg membaca post ni,benda yg kita baru nak kenal,mungkin ssh ckit,bila dah biasa,lama2 nnti akn mjadi senang.i.Allah,bykkan berdoa bersama2..

jom kita doa sama2..

"Ya Allah,permudahkn urusan kami dlm menuntut ilmuMu..bukakanlah segala kunci pintu rahsia ilmuMu,sesungguhnya kami sedang memenuhi tuntutan kami yg merupakan fardhu ain bg kami utk kelengkapan umatMu dan demi Islam.maka permudahknla segala urusan kami ya Allah..(ameen)" =)

mm,apa lg ea nk tulis..

ttg weather,dah 3 hari,bumi Allah yg tidak berawan ni,matahari memancar sungguh terik..tp tadi,menurut lecturer,dlm 2@3 hari nanti,akn sejuk kmbali..n pd awal April baru akn bermula musim panas..moga segalanya dipermudahkanNya..i.Allah =)


mm,okla..nak balik rumah dah..doakn ana di sini n doa ana sntiasa mengiring keluarga2 an sahabat2 sekalian..

doakn juga utk diri ini yg sedang menjadi terbaik,memperbaiki diri ke arah yg lebih baik,semata2 keranaNya demi mengejar dua impian dlm satu cita2 yg sgt penting dlm hidupku..moga Allah permudahkn segalanya..dan moga Allah merahmati hidup kita semua dan meredhainya serta memasukkan kita ke dalam syurgaNya..ameen

take care,love u n miss u all so much! =)

wassalam