Friday, February 12, 2010

kakngah

Assalamualaikum..

Ngah..aku tulis post ni khas untuk kau..Kau camne skrg?sehat tak?makin ok?i really worried bout u..

Ngah,ni aku baru skype dgn walid,ummi,kimi n spupu lain..terhibur juga hati aku walaupun kegusaran aku terhadap kau still ada,aku tgk org lain happy,aku pun happy kan diri aku..hakikatnya,tiada siapa yg tahu..aku betul2 risau kat kau..aku tahu kau sakit..tp aku sndiri tak dpt bayangkan camne kesakitan kau tu..

Kan sebelum aku skype dgn yg lain2,aku call n ckp dgn kau..kau tahu x,time tu aku memang nak buat kau happy je..tu la aku main2 sal rindu n balik Malaysia tu..tp lepas tu,bila kau tiba2 nangis sbb sakit,aku tahu,kau tahan esak tangis kau..tahu tak,time tu,aku sedih sesangat..masa kau nangis,air mata aku keluar juga,tp aku xnak bagi kau dengar sendu aku..ngah,camne kau rasa ye?adik aku yg dulu kuat,tetiba Allah uji camni..aku xleh bayangkan keadaan kau..sbb aku xpenah tgk kau time kau sakit..kau tahu x,aku rasa skrg ni,aku rasa nk je balik Malaysia,nk tgk keadaan kau,nk duduk di sisi kau,bg semangat kat kau.

Ngah,kau sorang je adik perempuan kandung aku..walaupun aku slalu cari pasal dgn kau,slalu gaduh dgn kau..aku tetap sygkan kau..kau byk cerita macam2 kat aku..aku sygkan kau..aku xnak tgk kau nangis..aku nak kau sihat..dpt jalan n buat kerja macam dulu..masa mula2 kau sakit,aku xsangka kau sakit camni..dah la masa mula2 tu aku merajuk dgn kau..huhu..ngah,aku mnta maaf sgt2.. :’(

Kau sabar ea..walid gtau aku,kau sakit masa kena urut tu..aku benar2 harap kau cepat pulih..kau pulih cepat tau..bila aku balik nanti,kau mesti dah sehat..tau.. =)

Kau happy kan diri,jgn kalah dgn perasaan kau..bila sakit,syaitan akan slalu buat kau sedih..tp kau lawan balik tau..jgn sedih2 sgt,fikir positif..kau ingat ea aku cakap,time sakit,panggil sesiapa dok sebelah kau..memangla masing2 xleh wat pape..tp at least,masing2 dpt bg kau kata2 smangat..

Ngah,aku hanya mampu bdoa dari jauh..utk kau..aku sntiasa doa Allah sembuhkan kau..n bg kau kekuatan hadapi semua ni..

Kau tau kan,bila Allah uji kesakitan ni,tndanya Dia syg n sedang ingat kat kau..so,kau jgn mngeluh ye..sbb Allah nk tgk sejauh mana kau bertahan dgn ujian ni..

Ni aku amik dr blog;

Tatkala kita bersedih menghadapi kesulitan, pasrah dan sabar dengan ujian-Nya, Rasulullah saw membawakan khabar gembira seperti sabda baginda:

"Barang siapa sakit semalaman, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih dosanya bagaikan ketika dia lahir daripada perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."

Sebagai insan yang mengaku bahawa Allah itu tuhan dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, yakinlah kita bahawa segala kesulitan yang dihadapi dengan sabar tidak membawa sebarang kerugian melainkan peluang untuk mendekatkan diri dengan pintu syurga.

Lalu Dr 'Aidh 'Abdullah al-Qarni menukilkan menerusi kitabnya La Tahzan bahawa: "Kesulitan itu sebenarnya akan menguatkan hati, menghapuskan dosa, menghancurkan ujub, menguburkan sombong, meluruhkan kelalaian, menyalakan lantera zikir, menarik empati sesama, menjadi doa yang dipanjatkan orang soleh, mewujudkan ketundukan dan penyerahan kepada Yang Maha Esa, sebagai sebuah peringatan diri, sebuah upaya menghidupkan zikir, sebuah upaya menjaga hati dengan sabar, sebuah persiapan mengadap Tuhan dan sebuah celaan untuk tidak cenderung kepada dunia, merasa aman dan tenang dengannya."

mari kita sama-sama renungi berikut:-

"Sungguh menakjubkan perilaku orang mukmin. Semua keadaan adalah baik baginya. Jika beroleh kesenangan dia bersyukur, yang demikian itu adalah baik baginya; dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, dan yang demikian itu adalah baik baginya. Perilaku seperti itu hanya ada pada diri seorang mukmin." (HR Muslim dan Ahmad)

"...sesungguhnya yang paling mulia (di antara) kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa (di antara) kamu..." [TMQ Al-Hujurat:13]

“…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya
tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”
…..Surah Yusuf ayat 12

Yg lain kau boleh rujuk kat sini..utk bg kau kekuatan =)

1. Pedoman menghadapi pelbagai masalah


2. Apabila anda


3. Janganlah kamu bersedih


k? =) ok la ngah,aku mnta diri dlu..kau happy tau…byk2 luah pd Allah..bila Allah uji ni,ramai lg yg lg teruk Allah uji..bkn Allah xtau yg kita sakit,tp Allah nk bersihkn diri kita balik..k? =)bila kau nak nangis,jgn sesekali anggap air mata yg keluar tu air mata kelemahan tp anggaplah,air mata yg keluar tu air mata kekuatan..

AIR MATA AN-NISA' TU ADALAH AIR MATA KEKUATAN =)

aku syg sgt2 kt kau..syg sgt2..jge dri leklok ea.. =)

wassalam..

2 comments:

  1. moge syifa' kuat...ujian tu tnde Allah syg pd die kan...ukhtinye pun msti kuat kan..:)

    ReplyDelete
  2. i.Allah..syukran ummu..adk an da makin sihat..keseluruhannya dy da sihat..alhamdulillah =)

    ReplyDelete