Wednesday, March 31, 2010

senandung anak pejuang

Senandung Anak Pejuang
Album : Inspirasi
Munsyid : Soutul Jihad
http://liriknasyid.com


Allah Allah Allah Allah...

Pada kelembutan seraut senyuman
Pada kelunakan tutur perkataan
Ada terlukis warna kerinduan
Terkenang ayah jauh di rantauan

Ayah selalu menghilang diri
Tinggalkan ibu membilang hari
Terkadang tiada khabar berita
Namun ibu tak pernah berduka

Sesekali hati rasa cemburu
Melihat teman semuanya berayah
Bermanja bermesra kasih berpadu
Hidup gembira tiada gundah

Tidak tertahan menanggung rasa
Kepada Ibu segera bertanya
Ke manakah ayah sekian lama
Hingga kini belum menjelma

Ibu tersenyum di dalam sayu
Senyumnya pudar tiada indah
Mungkin batinnya berlagu sendu
Bila anak rindukan ayah

Nada memujuk ibu menjawab
Tuturnya lembut penuh hikmah
Ayah pergi ke medan jihad
Mencegah mungkar
Menegakkan yang hak

"Oh ayahku, seorang pejuang rupanya
Aku rasa bertuah, tak akan ku kesali takdir ini
Suatu hari nanti, bumi Allah ini akan bersih jua
Dari najis, mungkar dan dosa
Ayah tentu gembira
Ayah tentu bersyukur
Oh Ibu biarkan ayah pergi
Jangan bekalkan dia dengan air mata
Tetapi dengan doa penyubur jiwa
Ayah akan kujejaki setiap tapak langkahmu
Aku anak ayah, anak pejuang"

Lagu : Abd Halim
Lirik : Zuraimi Ismail
Vokal : Syahril Khalid & Soutul Jihad
Susunan Muzik : Abd Halim
Hakcipta Lagu : Nada Hikmah Group
Hakcipta Lirik : Nada Hikmah Group

assalamualaikum..

sengaja meletakkan lirik ini pada permulaan kata..tetiba teringat kenangan tentang lagu ni..

walid ingat tak ni lagu apa?hehe

ni lagu yg masa klong berlakon time Hari Ihtifal PASTI...lebih kurang 13tahun lepas..

really love dis song..menyemarakkan lagi perjuangan dlm diri..i.Allah..moga hati2 ini terus thabat dan istiqamah di atas jalanNya..[ameen]

boleh dengar di
sini


syukran =)

wassalam

3 comments:

  1. Salam, thibur sggh hati walid baca blog kl ni. Berulangkali wld dgr lagu ni & teringat sgt nostagia hingga mnusuk kalbu.KL mnambahkn smgt wld utk trus bjuang dgn pnuh pgharapan pd Allah & doakan wld trus mjadi hamba yg istiqamah & sntiasa dlm redha serta dberi ptjk, bimbingan & pimpinan btrsan dari Ilahi. TQ kl, wld love u so much. Wld doakan kl agar jadi hamba Allah yg btaqwa, muslimah yg bsmgt & kental jiwa dlm mghadapi sgl mehnah dlm pjuangan. Wld nak kl jadi pjuang/mujahidah ISLAM yg tulen hingga kita btemu dgn Allah smula. Justeru berusahalah untk mjadi PILIHAN ALLAH dgn mnambahkan pelbagai DISIPLIN ILMU, Hafal byk AL QURAN & HADIS, snantiasa berzikir & beramal krn Allah semata2. Tetapi semua itu tak bmakna skiranya tertinggal "SIFAT KEIKHLASAN" dlm sgala urusan kita. Tak sbr nak jumpa "ANUGERAH ALLAH" bulan Julai ni. Ingat ya kita semua nak selamat di dunia & akhirat lebih2 lagi nak dpat REHDA ALLAH yg kekal & abadi. Tgh ready celebrate birthday k. ngah. Wld proud & bsyukur krn limpah kurniaNYA pada kita sekeluarga. AMIN. Ya Allah , kami bsyukur padaMU. Namun kami yg byk dosa ini memohon agar diampuni dosa2 kami serta bimbinglah kami agar sntiasa dlm Redha Mu

    ReplyDelete
  2. hehe,,seronok bace comment anak beranak nih =D

    moga Allah sentiasa merahmati hidup antum sekeluarga..

    ameen!

    ReplyDelete
  3. walid: syukran walid,i.Allah klong ingat sgl pesanan walid..klong tidak de ape2..siapalah klong tanpa didikn walid n ummi..doakn klong bjaya mjd hamba yg Allah redha..n utk adk beradik yg lain..moga Allah pertemukan kita semua di dlm syurga..ni doa klong..sbb hakikat cinta yg sebenarialah nak masuk syurga dgn org yg kita cinta n klong cinta keluarga klong..love u all! =)

    eza: ameen..xde papela eza..anyway,syukran krn mendoakn...

    moga nti sekeluarga jg sntiasa diredhai Allah.. p/s but nti mmg sbeahagian dr keluarga an coz nti kakak an..love u,my dear =)

    ReplyDelete